Monday, May 30, 2011

hayati and try renung2kan...

Hayatilah 10 kata-kata semangat ni :


1. Ramai orang mencari tempat yang selamat, tetapi akhirnya tersangkut!

2. Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu, iaitu takut GAGAL!!

3. Tiada siapa yang berhak mendakwa anda sebagai orang yang gagal, kecuali diri anda sendiri.

4. Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana.

5. Kesilapan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari.

6. Apabila anda telah sampai ke penghujung tali dan tiada lagi simpulan untuk bergantung, lompatlah ke tali yang lain.

7. Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!

8. Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!

9. Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.

10. Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan, perbuatan atau sebagainya.

No comments:

Post a Comment